Sunday 26 July 2015

RESIPI JUICE CARROT MUDAH DAN SENANG !

a very good morning too all of you . hehe semoga ceria di pagi hari . hari ni saya mahu share sedikit resipi 'Carrot Juice yang paling simple'

amalkan laa minum jus lobak ni, tidak susah pun mahu buat lagipun minuman ni untuk kesihatan juga kan . so organic . disini saya selitkan sedikit info mengenai khasiat lobak . thanks kepada 'Tok Google' atas info ini. 


Di antara khasiat daripada lobak merah ialah:
  • Lobak merah sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  • Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  • Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  • Lobak merah sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan Lobak merah setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  • Kajian juga mendapati Lobak merah yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  • Lignin yang ditemui dalam Lobak merah juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  • Lobak merah juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
Lobak merah adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus Lobak merah untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita.
Khasiat Lobak Merah 4


okey let's kick start :)

1. sediakan bahan-bahannya iaitu, lobak (terpulang berapa batang) , susu junjung@susu manis dan susu cair F&N ( yang penting susu cair )


  

2.Next, kupas lobak dan potong-potong kecil kemudian letakkan potongan lobak di mesin pengisar. jangan lupa letakkan air putih yang telah masak sebelum lobak dikisar . kuantiti air putih mengikut anggaran kamu. Next, masukkan susu pekat manis dan susu cair  sehingga cukup rasa . kalau malas mahu kacau guna sudu, guna mesin kisar untuk sebatikan rasanya. hahah


3. Last but not least, letakkan juice di jug , sejukkan di peti sejuk atau letakkan ais . siap .mmmdapp :)  mudah dan senang kan ? sesuai dihidangkan untuk sarapan atau minum petang. daripada beli di gerai , lagi bagus buat sendiri . kebersihan pun dijamin .


Tips@Langkah ni boleh diguna pakai juga untuk membuat jus lain seperti jus Avocado atau Strawberry n.n . Thanks for reading !