Sunday 14 June 2015

Failed MEDSI ? Jangan mudah putus asa , rileks tuhan yesus kan ada .

so , here we are again . guess what . i failed the MEDSI Test :( yaaaayyy . hahaha tidak apa laa . mungkin saya tiada ciri-ciri seorang guru kan , haha . mahu soal pasal hati of course laa sedihh bha . untung laa yang berjaya . hehhe

so yesterday my cousin Shirley a.k.a Ally and my friend Rozie Yussally telah menduduki ujian temuduga . sempat wish yang terbaik buat dorang dua ni . selidik puya selidik , dapat juga laa sikit-sikit maklumat apa yang dorang buat masa temuduga tu.

si cik Rozie cakap dia di soal soalan seperti ni "kenapa pilih kos ni?' hehe . soalan ni memang tidak lari kan . dorang mau tau kamu ni yakin atau tidak mahu jadi cikgu . untung sebab x kena suru berlakon mengajar para penemuduga . so santai interview laa katanya. so proud of you friend and cuzzy . semoga berjaya dalam kehidupan .

nampaknya saya kena fikir lepas ni mahu ambil kos apa . haha ya laa setelah gagal untuk menembak  cita-cita sebagai pendidik kena fikir backup impian @ plan B. hahaha

sedihhh tapi lepas ni masih banyak peluang menanti (n.n) . kawan-kawan yang lain yang x bernasib baik harap kamu x lemah semangat okay . kasihan kan sebab ada kawan yang dapat pointer tinggi . eg: 3.42 pointer STPM tp gagal Ujian MEDSI . pesanan buat kamu semua , sila pastikan kamu mempunyai backup cita-cita , sebab takut kamurang x mampu untuk mencapai impian pertama tu . then bingung mau ambil kos apa lepas ni kan . sebelum kamu mengalami situasi rumit+confuse seperti saya . baik sediakan plan B . HEHEH .

- luahan hati si inan begia ni - SABAHAN





Wednesday 3 June 2015

PENGALAMAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI

hai semua . ini adalah kali pertama saya menjinakkan diri dalam blogger ni . ahaha . okay let's start to the point. seperti yang kita ketahui , kawan-kawan mesti rasa excited dapat temuduga MEDSI kan ? saya pun begitu . boleh dikatakan sebelum tarikh semakan panggilan menduduki ujian MEDSI tu saya sudah berhabis-habisan baca maklumat mengenai soalan-soalan medsi ni \(n.n)/ . macam basug saja . hahahahahaha

mungkin bagi kamu ujian MEDSI tu senang kan yalaa coz soalan dia cuma mau selidik yg kamu ni mempunyai ciri-ciri seorang guru ataupun tidak . okay kita cerita persiapan sehari sebelum menduduki ujian medsi . dalam surat tawaran tu ada tertulis bawa peralatan spt pensel 2B pemadam dan sebagainyaa . haha . pada malam tu , kazen saya bukan main lagi sibuk mencari pemadam , haha . maklumlah sudah berbulan-bulan tidak sekolah segala peralatan pun hilang entah ke mana. at the end masa mahu jawab soalan medsi rupa-rupanya kena jawab guna komputer . ishh apa laa , penat saja cari peralatan rupa-rupanya kena jawab guna komputer pula =.=

soalan medsi tu pun bukannya susah . ia mengandungi 4 bahagian . personaliti,minat kerjaya,nilai integriti dan kecerdasan emosi. kadang soalan yang remeh temeh pun disoal . contoh soalan tu . ni dia 'adakah anda pernah bercinta?' so kalo korang disoal mcmni nak jwb apa ya? saya jawab saja @#$$%% hahahha. selain tu soalan yang ditanya ialah " sekiranya pelajar anda melakukan kesalahan kecil, adakah anda menegurnya?' of course laa kena tegur kan ,. ya laa kesilapan yang kecil tu kalau tak ditegur akan menjadi kesalahan besar . murid tidak akan tahu dimana silap dan betul kan kalo tidak kena tegur.

so saya nak bagi tips kepada anda , yang bakal-bakal menduduki ujian MEDSI . first , kamu kena baca lah contoh-contoh soalan medsi tu supaya kamurang ada persiapan nak menjawab nanti. baca lama-lama xapa sebab masa saya ambil ujian tu pun lebih sejam . x ikut masa pun . next, soalan medsi tu ada tricky sikit , sbb nak pastikan yg kamurang ni memang minat mau jadi guru or tidak so apabila jumpa soalan yang melibatkan minat kerjaya tu kena pilih laa baik-baik. sebagai contoh soalannya 'anda minat membaiki peralatan elektronik? ' kalau pun memang kamurang ni minat mau membaiki alat elektronik , kamurang kena fikir apa kaitan membaiki alat elektronik dgn kerjaya seorang cikgu , haa kalo minat mau membaiki alat elektronik tu lebih baik jadi wayering drpd jadi cikgu , betul ka tidak ? so kena hati-hati ya. semasa nak jawab tu , imagine yang kamu ni seorang GURU . 

okay laa saya x mau ckp panjang lebar, pastikan persiapan diri tu 100% , search di mr.google contoh-contoh soalan medsi. try jawab . hehe.  berdoa minta ketenangan supaya dpt jawab dgn baik . minggu depan 9/06/2015 keluar keputusan sama ada berjaya ujian medsi atau tidak . harap-harap berjaya . nanti akan saya ceritakan pengalaman tu ( kalau laa dapat pergi temuduga ) kalo tidak dapat , babai gaman . ahahahah

WISH YOU ALL THE BEST !